6 tahun bersama, ramai kagum hubungan Raysha Rizrose & pelumba GP2

Pernah menafikan sedang hangat dilamun cinta, kini pelakon Raysha Rizrose semakin terbuka berkongsi kemesraan dengan teman lelaki yang juga seorang pelumba kereta GP2 negara di laman media sosial.

Sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2018, pelakon drama bersiri Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin itu juga tidak ketinggalan untuk hadir bersama pelumba tersebut, Nabil Jeffri.

“Glad that I managed to drag this busy guy with me!,” tulis pelakon berusia 22 tahun itu di laman Instagram miliknya.

Posting berkenaan telah mengundang perhatian peminat dan pengikutnya dimana ramai yang memuji Raysha dan pelumba berusia 24 tahun itu kelihatan ‘sweet’ dan serasi.

Menerusi laman Instagram Nabil pula, difahamkan mereka telah berkenalan sejak enam tahun lalu sebelum adik kepada pelakon Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose itu menyertai Dewi Remaja 2015.

Sumber : Raysha Rizrose , Nabil Jeffri

 

kredit: Ohmymedia

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *