Tular budak lelaki tolong ibu hamil, ini kisah sebenar disebalik rakaman CCTV

Semalam, sebuah video yang dimuat naik oleh pengacara TV terkenal tanah air, Ally Iskandar menjadi tular apabila mendapat 1.6 juta tontonan dan 3.4 ribu share di Facebook miliknya.

Rakaman video berdurasi 40 saat itu kelihatan seorang kanak-kanak lelaki memberi tempat duduk kepada wanita yang sarat hamil di dalam MRT.

Posting berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang memuji sikap keprihatinan budak tersebut dan ada juga yang tertanya-tanya apa sudah jadi dengan budi pekerti orang Malaysia.

 

 

Walaupun orang di sekeliling sedar akan kehadiran wanita ituvtetapi semuanya tidak mengendahkannya, seolah-olah tiada belas ihsan.

Seorang penumpang wanita berbaju putih juga sempat memandang sekilas lalu, namun sibuk dengan bermain telefon bimbit dan tidak memberi tempat duduknya.

Setelah melihat tiada siapa yang bangun untuk menolong wanita mengandung tersebut, budak lelaki itu kemudian bangun dan memberi tempat duduk kepadanya. Tindakan ini mendapat pujian daripada netizen di komen posting tersebut. Inilah videonya:

 

Okay ini anak siapa ni?

A post shared by ALLY ISKANDAR (@allyiskandarrasmi) on

 

 

Bagusnya adik tu, berbeza dengan sikap tiga lelaki dewasa lain yang berada di situ. Hanya melihat dan membuat tidak tahu sahaja. Netizen juga turut mengecam golongan lelaki tersebut di ruangan komen.

 

 

 

Tetapi ada kisah di sebalik video berkenaan. Rupa-rupanya budak lelaki dan wanita mengandung tersebut telah berpakat dalam hal ini.

Perkara ini lebih dikenali sebagai eksperimen sosial dimana mereka ingin menguji sikap keprihatinan dan kemanusiaan individu dalam hidup bermasyarakat. Cayalahhh!

 

Jarang sekali dilakukan di Malaysia tetapi reaksi orang lain yang tidak memberi tempat duduk itu adalah benar dan bukan lakonan semata-mata.

Pengajarannya, kita haruslah mempunyai sikap prihatin dan belas ihsan terhadap orang sekeliling terutama sekali bagi golongan tua, OKU, ibu mengandung dan mereka yang tidak sihat dari segi fizikal.

 

Kredit: Ohmymedia

Sumber: Ally Iskandar

Leave a Reply