“Mateen Good Boy,” – Selepas Sembilan Bulan, King Coco Akhirnya Dedah Wajah Anak

  • Selepas sembilan bulan, bintang Insta King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail akhirnya mencuri tumpuan umum apabila mendedahkan wajah comel anaknya, Purta Kyle Mateen, yang dilahirkan November tahun lalu.

 

 

 

 

 

Coco memuat naik wajah putera sulung comelnya itu menerusi Instagram beberapa jam lalu. Sambil mengakui pada awalnya dia ragu-ragu untuk mendedahkan wajah anak, ibu muda ini bagaimanapun teruja untuk berkongsi bersama pengikutnya di media sosial.

Malah, Coco turut memaklumkan mengenai perkembangan anaknya kini.

“Bismillahirahmanirrahim, putra kyle mateen say hi!! from 3.65kg to almost 12kg now. yahhh he’s my son . well honestly, kita nak post time umur dia 1yrs tapi x pelah. hehe. alhamdullilah. for this gift allah,” tulisnya.

Coco ketika dihubungi MH memberitahu, pada awalnya dia tidak bercadang untuk mendedahkan wajah anak, bimbang andai mengganggu privasi si kecil.

“Sebenarnya saya tidak mahu dedahkan tetapi apabila difikirkan balik mengapa tidak untuk sesekali berkongsi. Jadi saya hanya muat naik.

 

“Cuma itulah, sebelum tu saya risau juga kalau ia akan ganggu privasi anak, tetapi apa yang berlaku pada depan kita tidak tahu lagi,” kongsinya jujur.

Pada masa sama, Coco turut menambah pada fasa sekarang perkembangan Mateen cukup baik, cuma ada ketikanya dia agak aktif.

“Setakat ini, semua baik-baik sahaja. Alhamdullah dia kian membesar, berat badan makin bertambah dan dia juga cukup aktif. Yelah bayi lelaki kan. Akan tetapi, dia tidak berapa okay dengan persekitaran yang akan bising. 

“Apa pun, syukur semuanya berjalan dengan baik, Mateen good boy,” kongsi Coco.

 

 

Antara komen netizen:

 

King Coco Bersalin

WAHH! TAHNIAH KING COCO!!Selamat lahirkan anak lelaki… agak2 apa nama baby tu ye… #senimediaKredit: IG King Coco

Posted by Seni Media on Thursday, 9 November 2017

 

Foto: Instagram King Coco

Sumber: MH

 

 

 

Leave a Reply