Pernah dapat tujuh jahitan, dahi anak Lan Solo terkoyak lagi

Baru-baru ini, anak keempat penyanyi Lan Solo, Nur Amna Quxandra dikatakan mungkin perlu menjalani pembedahan buat kali kedua akibat mempunyai garisan putih di bahagian lelangit merekah dan terbelah di bibirnya.

Terbaru, anak keduanya pula Muhammad Akid Qassyaff dikejarkan ke bahagian kecemasan di sebuah pusat perubatan akibat dahinya terkoyak buat kali kedua pada tempat yang sama.

Menerusi video yang dimuat naik oleh penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela itu, kelihatan anaknya sedang meraung kesakitan ketika dirawat oleh beberapa orang jururawat.

 

Posting tersebut telah mendapat perhatian pengikutnya dan mereka memenuhi ruangan komen dengan mendoakan agar kesihatan anaknya yang berusia empat tahun itu segera sembuh dan dipermudahkan semua urusan.

 

Malah ada juga di antara mereka bertanya punca anaknya terjatuh namun tiada sebarang jawapan daripada Lan.

 

Sumber: Ohmymedia

Leave a Reply