Baby Xandra masih ada peluang: Isteri Lan Solo

ISTERI kepada penyanyi, Lan Solo menerusi instagram miliknya memberitahu Nur Amna Quxandra berkemungkinan perlu menjalani pembedahan ekoran lelangit anaknya merekah.

Dalam perkongsian itu, isteri Lan, Nur Sheila Hassim berharap agar orang ramai tidak bimbang dengan keadaan anak keempatnya itu kerana masih ada harapan untuk sembuh.

 

“Xandra ada lelangit dan gusi, cuma belum betul-betul sempurna untuk dia makan dengan betul dan menyedut atau menghirup yang menggunakan ruang yang sama.

h

 

“Tetapi jangan risau, Xandra masih ada peluang untuk normal macam bayi yang lain. Harap-harap garisan pada lelangit dia tu tidak merekah dan terus bercantum semula jadi.

“Kalau merekah, Xandra kena operate lagi untuk membetulkan lelangit dia. Jadi, doakan yang baik-baik untuk BabyXandra ya. Sebab kita tak tau doa sesiapa antara kita yang ALLAH makbulkan. Apa pun Xandra sayang semua,” tulisnya.

Terdahulu, Anak perempuannya yang mengalami masalah sumbing selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 31 Mei lalu.

Isteri Lan, Nur Sheila Hassim melahirkan bayi keempat mereka pada 24 Februari lalu di Pusat Perubatan Rampai Puteri, Kuala Lumpur.

Lan dan Sheila, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009.

Selain Quxandra pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

 

 

Geram tak tengok kitew..? 😛 . Kitew nak ckp maceh kat @dbilique sbb jemput daddy kitew promo single solo pertama.. . “Berpisah Tanpa Rela”.. . Dgn kitew skali masuk set ☺️! . Uncle n Auntie semua terus sapot daddy kitew okayyy.. . Boleh dengar kat semua digital platform pilihan.. juga bole layan music video kat YouTube tau! & yg paling penting..buat permintaan lagu & undi lagu daddy kat semua radio pilihan ye! 😘 . – BabyXandra- 👶🏼 . . @anakanaklansolo @sheilarazlan #dulukinisamakiut #nuramnaquxandra #quxandra #xandra #babyxandra #babycleft #cleftlip #anakanaklansolo #4qs #razlansheilakin . . #ArtisMasukBilik #DBilique #LanSolo #KontiRumah #VostPelikat #VostKelawar . . #lansolo 🎼 #berpisahtanparela 🎶 @gerakansolo_ #gerakansolo #teamlansolo .

A post shared by L A N S O L O 🇲🇾 (@lansolo_official) on

 

 

Sumber: Sinar, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *