Anak Lan Solo perlu dibedah lagi jika garisan lelangit merekah

PENYANYI Lan Solo memberitahu anak keempatnya, Nur Amna Quxandra berkemungkinan perlu menjalani pembedahan buat kali kedua.

Lan, 33, berkata dia perlu berbincang dengan doktor pakar sekiranya garisan di bahagian lelangit anaknya yang mesra dengan panggilan BabyXandra merekah.

Bagaimanapun, Lan berharap BabyXandra tidak perlu melalui pembedahan lagi kerana tidak sanggup untuk melihat bayinya itu berpuasa.

“Kalau keadaan lelangit itu merekah atau terbelah, kena ada perbincangan seterusnya dengan pakar.

“Tapi kalau boleh tak nak dia lalui pembedahan lagi. Tak sanggup nak puasakan dia.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/08/lan-solo-anak/~/media/a23294ff44b74c30b8aaba4e49472b81.ashx?la=en

Xandra mempunyai garisan putih di bahagian lelangit.

“Namun, setakat ini lelangit tu masih okey. Sebab dia minum dan makan dah tak terkeluar melalui hidung,” kata Lan kepada mStar Online.

Isteri Lan, Nur Sheila Hashim turut memuat naik video memperlihatkan bahagian atas lelangit anaknya mempunyai garisan putih di laman sosialnya.

Anak perempuannya yang mengalami masalah sumbing selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 31 Mei lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela ini memberitahu keadaan anaknya kini semakin sihat dan sudah mula menikmati makanan.

Biarpun jahitan di bibir dan hidung semakin sembuh namun masih perlu penjagaan yang betul supaya jahitan tersebut tidak naik ke atas.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/08/lan-solo-anak/~/media/e972aad3f84b49379254c2ac91128ebf.ashx?la=en

Lan bersama isteri dan anak keempatnya.

“Sekarang ini Xandra sihat dan makin kuat menyusu. Dia dah mula makan sebab kalau susu saja tak kenyang.

“Kesan jahitan kat bibir dan hidung dah makin sembuh tapi masih perlu di urut 100 kali sehari. Supaya kesan jahitan tu tak ternaik ke atas.

“Kalau masih ternaik, mungkin kena ada pemeriksaan kecil untuk betulkan bibir tu,” ujarnya.

Isteri Lan, Nur Sheila Hassim melahirkan bayi keempat mereka pada 24 Februari lalu di Pusat Perubatan Rampai Puteri, Kuala Lumpur.

Lan dan Sheila, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009.

Selain Quxandra mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/08/lan-solo-anak/#GlZwgp3WZiiwrhyv.99

Leave a Reply