“Selama mana dia tidak melampau, saya tidak cemburu” – Isteri Amaris

ISTERI pelakon Putra Amaris iaitu Nur Syazwani Alias menjelaskan statusnya dengan aktor itu masih lagi sebagai suami-isteri.

Nur Syazwani yang kini hamil enam bulan memberitahu hubungan suaminya dengan jutawan kosmetik Datuk Sri Vida yang digosipkan ketika ini hanya atas urusan kerja.

“Ya Amaris masih suami saya, tetap suami saya dan selamanya selagi Allah izinkan satu-satunya suami saya.

“Selama mana dia tidak melampau, saya tidak cemburu, memang kerja dia akan jumpa dengan semua orang yang cantik dan berpengaruh.

“Kalau sikit-sikit nak cemburu, nak melenting, tak boleh kahwin dengan artis,” katanya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/07/syazwani-amaris/~/media/47222da31dc74805aa9005399d4159c7.ashx?la=en

Amaris berkahwin pada 5 Januari lalu.

Nur Syazwani menjelaskan perkara itu di laman sosial Instagram miliknya selepas ditanya beberapa pengikut menganai rumah tangga mereka.

Pada Julai lalu, pelakon Bicara Cinta ini dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan usahawan kosmetik itu apabila kerap memuat naik foto bersama.

Selain itu, terdapat juga tuduhan mengatakan dia mula ‘menghimpit’ Vida untuk mengambil peluang selepas usahawan itu memecat pembantu peribadinya baru-baru ini.

Amaris atau Amran Ismail, 33, bergelar suami kepada Nur Syazwani Alias, 28, pada 5 Januari lalu di kediaman keluarga wanita itu di Batu Pahat, Johor.

Dalam pada itu menjawab pertanyaan berkaitan fotonya tidak pernah dimuat naik oleh aktor berkenaan, Nur Syazwani berkata, laman sosial suaminya itu hanya atas urusan kerja.

“Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja, laman Instagram itu untuk kerja dia. Saya lagi suka bersederhana,” katanya yang dijangka melahirkan cahaya mata pertamanya pada awal Disember depan.

 

 

Selfie.📷 #putri #nursyazwani ❤

A post shared by PUTRA AMARIS (@amaris.official) on

 

 

 

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/07/syazwani-amaris/#vf2G1KMvJtzcihY5.99

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *