“Janji awak tertunai, saya orang terakhir bagi awak…” – Janji arwah sebelum terlibat kemalangan jalanraya

Kelmarin para netizen telah dikejutkan dengan kisah percintaan seorang lelaki yang sanggup bernikah dengan seorang wanita yang menghidap penyakit kanser tisu tahap 4. Lebih mengharukan lagi apabila perkahwinan mereka itu tidak bertahan lebih daripada tempoh 24 jam setelah wanita tersebut meninggal dunia pada keesokkan harinya.

Tidak cukup dengan kisah yang menyayatkan hati itu, hari ini netizen telah digemparkan pula dengan berita kematian seorang lelaki yang dikenali sebagai, Ahmad Firdaus Hilman Mohamad setelah beliau menjadi korban di dalam sebuah nahas jalan raya sebelum sempat beliau mendirikan rumah tangga bersama dengan gadis pilihannya.

Kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh arwah Firdaus telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan pacuan empat roda jenis Ford Ranger sehingga mengakibatkan arwah tersepit dalam kenderaanya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Meskipun percintaan arwah dengan kekasihnya tidaklah berakhir di jinjang pelamin, tetapi arwah pernah berjanji pada gadis pilihannya ketika hayatnya yang mengatakan kekasihnya itu merupakan insan terakhir yang dicintainya sebelum terlibat di dalam kemalangan jalanraya itu.

 

Lantaran itu, disebabkan perasaan rindu yang teramat terhadap arwah, Farzana telah meluahkan perasaannya di twitter yang menceritakan serba sedikit tentang pasangan hidupnya yang sentiasa membantu rakannya ketika berada dalam kesusahan.

Janji awk tertunai. Sy org terakhir bagi awk. 4 tahun yg sgt bermakna. Tenanglah disana. Semoga Allah tempatkan awk bersama-sama org yg beriman. Alfatihah pic.twitter.com/nBeBWtayIb

— intelligent (@NurfarzanaRosli) August 5, 2018

 

Apa yang menyentuh perasaan pembaca media sosial, gadis tersebut mengatakan dia tidak dapat menerima apa yang dialaminya tetapi dia berusaha untuk menerima takdir yang telah diputuskan buat dirinya.

 

 

 

 

Malah gadis tersebut telah berkongsi serba sedikit kenangan dia bersama arwah ketika melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UMP.

Tidak cukup dengan itu, dia turut berkongsi pengorbanan yang arwah pernah lakukan di mana arwah sanggup berbasikal ke kedai kerana tiada pengangkutan untuk membeli makanan di tempat

 

 

 

 

 

Sumber : @NurfazanaRosli

 

Kredit: Ohmymedia

 

 

Leave a Reply