Aliff Syukri nak jual rumahnya pada harga RM43 juta. Pelawa kerabat dan menteri beli

Kediaman baru Aliff Syukri yang dikenali sebagai Palace of Aliff Syukri itu merupakan koleksi hartanah baru yang dimiliki oleh jutawan kosmetik itu.

Terletak di Kota Damansara, rumah agam yang mempunyai 30 buah bilik itu sentiasa menjadi perhatian orang ramai kerana saiznya yang besar seperti sebuah istana dan dipenuhi oleh ratusan perabot mewah di dalamnya.

Meskpun baru sahaja menduduki kediamannya itu, jutawan itu mengakui mahu menjualnya lengkap dengan perabot pada harga RM43 juta sahaja. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Aliff Syukri pada portal Media Hiburan baru-baru ini.

“Kalau ada rezeki saya memang nak jual rumah tu. Jika ada kerabat diraja atau menteri yang ada hati nak belilah. Rumah tersebut mempunyai lebih 42,000 kali persegi dengan build up sekitar 40,000, nak jual dalam RM43 juta fully furnish.

“Bukan menyesal (bina rumah), saya buat rumah tu habis dalam RM32 juta. Jadi rasanya kalau ada rezeki rumah tu terjual, saya nak beli hotel,”.

Tambah beliau lagi, hotel yang bakal dibelinya itu boleh menjadi kediaman buat para pekerjanya selain boleh menampung gaji dan keperluan mereka pada masa yang sama.

“Bila sudah dikira-kira tiada untung sebab saya perlu langsaikan soal kelengkapan agak banyak. Kalau ada hotel, pekerja saya akan duduk dan pada masa sama, mereka akan dalam income lain. 

“Tapi saya buat rumah tu pun bukan sebab nak jual. Cuma jika ada yang berminat dan tawarkan harga berpatutan, saya akan jual,” katanya yang bakal merakam single baru di Indonesia dalam tempoh terdekat.”

 

 

 

 

sy kasi Teaser sikit rumah sy @palacealiffsyukri sbb banyak yg x sabar nak tunggu pkl 8mlm ni. ..Rumah ni @palacealiffsyukri saya buat utk saya tinggalkan kenangan buat anak2 saya nanti yg bersize 40ribu sft 30bilik, surau private, gym dan dilangkapi bilik kebal dan rumah dodi malah sampai skrg masih ada yg belum siap.. . . saya bukukan kisah rumah ni untuk anak2 saya tahu bukan senang saya mencari duit dan bukan mudah nak siapkan rumah ni selama 4 tahun saya menanti skrg unor abah 31tahun abah bodoh pelajaran spm pun gagal tapi abah nak anak2 abah tahu abah juga mampu berjaya mcm org lain….bg org lain mungkin biasa je apalah rumah nak tunjuk…tapi bg saya apa yg saya buat ni saya kepuasan dalam pencapaian hidup saya yg nak saya kongsikan… doakan sy bnyak ber amal dan bersedekah juga🙏🏻🙏🏻 . . . . Untuk menghargai follower yg banyak sokong dan pengguna dherbs saya nak hargai anda semua saya nak jemput datang house warming saya pada 8/4 ni…cara nya tag 3org kawan korang..saya sayang korang sbb korang support saya dr saya meniaga pasar menjaja dan yg paling penting anda kena tahu perniagaan saya bermula hanya dgn pasar tanpa meminjam walau sepuluh sen pun duit sesiapa atau bank❤️❤️ vedio ni dibuat oleh penerbit @aididmarcello @mqproduction yg akn disiarkan di tv .. btw ini bkn 3d vedio ini real vedio

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 

 

 

 

Sumber: Ohmymedia

Leave a Reply