“Aritu baru 11 tahun dah kahwin, kali ni 15 tahun pulak…” – Pengantin remaja buka mulut perjelaskan perkara sebenar

Belum lagi reda isu pernikahan yang melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, timbul pula isu yang serupa, kali ini melibatkan remaja bawah umur yang berusia 15 tahun.

Perkara ini jadi tular setelah seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @Ayeitsaryhere berkongsi di laman tersebut sebuah video pendek dia sedang memakai baju penggantin.

tommorow is the day

 

Video yang dimuat nauk berserta kapsyen ‘Tommorow is the day’ itu telah mendapat perhatian pengguna yang lain. Ramai yang berpusu-pusu mengucapkan tahniah kepada remaja perempuan itu kerana kahwin muda dan ada pula yang mempertikaikan usianya yang baru 15 tahun itu terlampau muda untuk mendirikan rumah tangga.

 

Berikutan dengan posting tersebut, ramai pengguna Twitter telah mengecam @Ayeitsaryhere kerana mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang awal sedangkan pada usia sebegitu, beliau sepatutnya mengutamakan pendidikan.

 

Mungkin tidak tahan dikecam orang ramai, @Ayeitsaryhere akhirnya membuka mulut memberitahu perkara sebenar kepada orang ramai mengenai videonya itu.

Menurut @Ayeitsaryhere, beliau yang bekerja sebagai model sambilan itu telah merakamkan video tersebut untuk tujuan promosi semata-mata dan bukanlah sebagai seorang pengantin perempuan seperti mana yang ramai ingatkan.

Selain itu belau turut meminta maaf kepada semua pengguna media sosial yang keliru mengenai perkara sebenar dan mempercayai tentang majlis perkahwinannya itu.

A job is a job. Meskipun videonya teaser-nya itu dikecam hebat oleh netizen kelmarin, semalam @Ayeitsaryhere telah memuat naik di Twitter beliau video lengkap beliau dalam pakaian pengantin dengan kapsyen “Where’s my Prince Charming?”

 

 

 

Sumber : @Ayeitsaryhere

 

Kredit: Ohmymedia

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *