“Sini awak lahir, sini juga awak pergi sayang..” – Luahan pilu ibu Naufal Amsyar

Betapa sedih dan luluh hati setiap kali mendengar berita mengenai kanak-kanak kecil yang menghembuskan nafas terakhir begitu sahaja, oleh kerana kecuaian sikap pengasuh walaupun diberi kepercayaan sepenuhnya oleh pasangan ibu bapa.

Terbaru, seorang bayi lelaki yang parah di kepala dipercayai terjatuh di rumah pengasuh, meninggal dunia selepas empat hari dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) pagi tadi.

Luahan hati ibu kepada bayi berusia 10 tahun itu, Nuraziqah Rohmat di laman Facebook miliknya amat sedih dengan kematian menyayat hati anak tunggalnya hasil perkahwinan dengan suami, Nabil Fikri Anwar.

“9 bulan ummi bawak awak kehulur hilir, 10 bulan 5 hari je ummi dapat besarkan awak sayang😭

“ALLAHU. Disini awak dilahirkan disini jugak awak pergi tinggalkan ummi ayah sayang 😭

“Tunggu ummi ayah tau nanti kita main air sama sama😭,” tulisnya.

Ruangan posting berkenaan dihujani dengan ucapan takziah buat diri dan suaminya serta berharap agar tabah dalam menghadapi dugaan tersebut.

Selasa lalu, bayi malang yang dijaga seorang pengasuh wanita berusia 35 tahun di Tangkak itu dimasukkan ke hospital selepas dipercayai diserang sawan.

Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam lama dan baharu pada dahi kiri bayi selain pendarahan pada bahagian mata serta keretakan tempurung kepala.

Polis juga telah menahan pengasuh tersebut sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan.

Sumber : Nuraziqah Rohmat 

 

 

Kredit:Ohmymedia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *