“Cute gila, kecik je orangnya..” – Tarian comel, Bella Astillah dipuji sama macam ‘Minions’

Rasanya tidak perlu diperjelaskan lagi mengenai tarian ‘Keke Challenge’ yang menjadi kegilaan ramai ketika ini sehingga menjadi ikutan di laman media sosial.

Malah, trend dari luar negara yang menggunakan lagu terbaru nyanyian Drake berjudul In My Feelings ini turut dilakukan oleh anak muda dan selebriti tempatan.

Salah seorangnya iaitu penyanyi Bella Astillah yang turut menyahut cabaran melakukan tarian tersebut bersama adiknya, Didi Astillah sehingga mencecah 1.6 juta penonton di laman Instagram miliknya.

 

 

 

Gaya lincah yang ditunjukkan oleh isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu menjadi trending di serata laman media sosial dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, rata-rata memuji kecomelan aksi tarian dirinya apatah lagi dengan penampilan yang kelihatan seperti watak-watak dalam filem animasi antarabangsa, Minions!

 

 

 

 

 

Sumber : Bella Astillah

 

Kredit: Ohmymedia

 

Leave a Reply