Comel sangat Siti Sarah melayan karenah anak-anaknya..dah macam adik beradik je..

Sebelum ini penyanyi kecil molek, Siti Sarah Raissuddin memuatnaik satu video di laman Instagram miliknya yang menunjukkan dia sedang mendidik anaknya iaitu mendenda kedua-dua anaknya kerana telah bergaduh sesama mereka.

 

Dalam video tersebut, Sarah dilihat memegang rotan sambil meminta anak-anaknya berikrar kepadanya untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama.

Ternyata cara yang dilakukan oleh Sarah disokong oleh para peminatnya yang menganggap memang patut seorang ibu jadi garang untuk kebaikan anak-anak mereka.

Terbaru Sarah memuatnaik dua video di laman Instagram miliknya tentang bagaimana dia melayan karenah anak-anaknya di rumah. Rupa-rupanya ibu kepada tiga orang anak itu juga berperangai seperti kebudak-budakan disebalik naluri ibu yang garang dan tegas. Aktiviti yang ‘simple’ namun bagus untuk anak-anak dirumah!

VIDEO :

Part 1

Cara saya layan anak😂 sama naik! Part 1

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

 

Part 2

 

Ngn budak pon kalah! Matin tak boleh sabar.. Main tipu🤣😂 Part 2

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

 

 

Mendapat jumlah tontonan sebanyak 200 ribu di Instagram, berikut merupakan beberapa komen netizen pilihan SL.

Seronok kan bila kita pun join budak-budak

Nice parenting skill

Ingatkan Sarah ada 4 orang anak

Bersungguh nau ibunya

 

 

Sumber : Instagram Siti Sarah

Leave a Reply