“Pengorbanan ibu sangat dahsyat…” – Amyra Rosli tidur dalam ‘kandang’ anak, cuit hati peminat

Apabila ibu bapa mereka terlibat dalam dunia seni, secara tidak langsung anak mereka juga akan turut terkena tempias daripada popular tersebut. Lebih-lebih lagi jika sekiranya berkongsi telatah anak mereka yang mencuit hati.

Walau bagaimanapun, kehidupan seharian pasti akan berubah 100 peratus berbanding sebelum memperolehi cahaya mata kerana bukan mudah untuk menjaga seorang bayi malah akan timbul telatah yang mencuit hati.

Itulah yang dilalui oleh pelakon Amyra Rosli ketika menjaga cahaya mata pertamanya, Aqeef Anaqi sehingga membuatkan beliau tertidur di dalam ‘kandang’ bayi akibat kepenatan.

 

 

“Anaqi, mommy tido jap. Apape kejut mommy k.

@4momsmalaysia Playpen available @happikiddo_ #Happikiddo #4momsmalaysia #AqeefAnaqi#9months,”tulisnya mnerusi akaun instagram miliknya.

Gambar yang dimuat naik oleh pelakon utama Nur itu telah berjaya mencuit hati pengikutnya di Instagram malah ada yang memberi komen dengan mengatakan telatah anak mereka itu sangat comel.

Ada juga yang jatuh kasihan pada Amyra kerana memahami kepenatan seorang ibu apabila menjaga anak kecilnya.

 

Sumber : Amyra Rosli

 

Kredit: Ohmymedia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *