‘Kakaklah Segalanya Dalam Hidup Abang, Lepas Kahwin Baru Abang Sedar Abang Lebih Perlukan Dia’

Umum sedia maklum, pelakon Zarina Zainuddin mempunyai dua orang anak autism iaitu Azal dan Azil. Di Instagram, Zarina sering berkongsi ragam dan telatah dua kembar itu yang diakui sangat mencabar.

Terbaru, beliau berkongsi pula saat bergelar isteri kedua 25 tahun yang lalu. Katanya, meskipun perkahwinannya mendapat restu isteri pertama, beliau sedar ada hati yang terluka di saat dirinya mengejar bahagia.

 

Saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berderai

13 julai 1993 tarikh keramat saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki dan menjadi isteri keduanya..saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berderai.. walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka disaat saya baru mengejar bahagia..perkahwinan dalam usia saya 22 tahun..saat itu saya cuma katakan padanya saya takde sesiapa kakak hidup saya macam lalang ditiup angin kekiri kekiri lah saya ditiup angin kekanan kekananlah saya..kalau kakak izinkan saya kawin.

‘Abang kawin dengan ina sebab abang kesian saja’

Allhamdulilah dengan izinnya..kawinlah saya nun jauh di seberang sana ..selepas 3 bulan kawin suami saya berkata pada saya..abang kawin dengan ina sebab abang kesian saja ,kakak lah segala galanya dalam hidup abang lepas kawin baru abang sedar abang lebih perlukan dia..kalau ina nak cinta cinta ni tak ada..kalau sabar adalah nanti..kawinlah saya tanpa cinta..dan saya masih ingat lagi kata suami saya abang taknak isteri yang abang keluar ikut depan dia keluar ikut pintu belakang..kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan sabar dan sabar..
Terima kasih abang .. sabar itu separuh dari iman
Semuga ini semua menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua..anda boleh dapat cinta tapi anda tidak akan dapat mengusai cinta..cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja yang lain berserahlah padanya..
#khasuntukmerekayangbermadudiluarsana
#sharingiscaringandforgivingallways
#ujumpijump

Saya pernah buat silap..tapi anak2 ini banyak menyedarkan saya kuasa Allah lebih hebat dari segalanya..

Semoga perkahwinan ini memberi rahmat dalam hidup ibu

 

 

 

Dia nak mengadu tapi tak boleh cakap..harini dah 4 kali azil mengamuk pukul2 muka dia.. Azal dah siap kerja terus keluar ..saya nak keluar pun tadi pegi open house sekolah adam bawak azil..balik sampai rumah mengamuk lagi..bilik air saya jadi tempat dia lepaskan marah dia ..azil marah ibu yea..marahlah ibu tak pernah marah azil ..azil nak sepahkan katil ibu buatlah nanti ibu kemas balik..
Rupanya hari ini hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 25..dah lama dah ibu hidup dengan abah dan bermadu dengan mama kau nak..dah lama ibu menumpang kasih..Allhamdulillah , semuga perkahwinan ini memberi rahmat dalam hidup ibu

Sumber : Zarina Zainuddin

 

Kredit:Ohbulan

 

Leave a Reply