Hospital cuai, 4 bulan tertinggal kain kasa dalam faraj selepas bersalin

Seorang penguna Facebook baru-baru ini telah berkongsi pengalaman ngeri yang terjadi kepada adik iparnya baru-baru ini.

Menurut Izzaty Arifin, adik iparnya itu lepas telah mengalami pendarahan yang tidak berhenti semenjak bersalin pada empat bulan yang lepas.

Kecuaian orang lain , orang lain terpaksa tanggung sakit ! Sepatut staff medical d hospital kerajaan kene lebih peka pada setiap apa rawatan yg diberikan kepadapesakit kerana sesaat kecuaian berlaku boleh membawa maut !

Perlu lakukan tugas dari hati yang ikhlas kerana tugas itu adalah ibadah . Kejadian ini berlaku pada adik ipar saya pada hari ini setelah menderita kesakitan ini sejak melahirkan anak yang kedua pada 7 april 2018.

Sehingga ke hari ia dikeluarkan mengalami pendarahan tanpa henti dan berbau busuk . (boleh rujuk gambar dibawah) .. Diharapkan ia boleh menjadi pengajaran pada semua .

Hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan telah mendapati terdapat sehelai kain kasa yang sudah membusuk tertinggal di dalam farajnya.

Tambah Izzaty lagi, sebelum penemuan itu, birasnya itu telah pun mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan bagi merawati masalah pendarahannya itu.

Selepas beberapa kali rawatan namun tidak berjaya, adik iparnya itu kemudiannya telah pergi ke sebuah hospital swasta di mana penemuan itu telah dibuat.

Perkongsian Noradilah itu telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata mereka terkejut dan tidak menyangka kes sebegini masih berlaku.

Ramai yang meluahkan perasaan kecewa mereka dengan sikap cuai kakitangan hospital sehingga mengakibatkan penderitaan kepada pesakit mereka selama berbulan-bulan lamanya.

Tidak kurang yang berasa bimbang sekiranya kain kasa yang sudah membusuk itu boleh mengakibatkan jangkitan pada bahagian sulit adik iparnya itu.

Diharapkan pihak hospital memandang serius tentang kejadian seperti ini dan memastikan supaya kecuian yang serupa tidak berulang lagi di masa hadapan.

Sumber : Izzaty Arifin

 

Kredit: Ohmymedia

 

Leave a Reply