Pujuk isteri beli basikal RM50 ribu, tapi bini Alif Satar minta anak lagi satu

Selain berlakon dan bernyanyi, pelakon Alif Satar kini bergiat aktif melakukan aktiviti kecerdasan fizikal seperti berenang, berjogging dan berbasikal untuk memiliki badan yang ‘fit’.

 

😢❤️

A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on

 

Baru-baru ini, penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu telah memuat naik gambar beliau bersama sebuah basikal lumba di laman Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen, Aliff meluahkan hasrat hatinya untuk memiliki basikal tersebut dengan memujuk isterinya, Shadila Halid menggunakan kata-kata manis.

 

 

 

“Sayang @shadilahalid i love you….. so much…. so so soo much. Please?🙏🏽

p/s will sing/host/act/babysit for new bike,”katanya.

Menerusi perkongsian gambar tersebut, ramai peminatnya telah memberikan pelbagai komen pelakon Red Velvet itu dengan mengatakan cara pujukan yang digunakan itu berbunyi lain macam!

Malah isterinya juga meletakkan syarat jika Alif ingin memiliki basikal tersebut, mereka harus menambah seorang lagi cahaya mata.

 

Kredit:Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *