“Potong rambut baru la kacak..” Kembali ‘normal’, Iqram Dinzly tampil dengan imej terbaru

Dulu pelakon Iqram Dinzly pernah mencetuskan kontroversi selepas memuat naik video berkelakuan pelik sehingga ada yang mengatakan dirinya semakin tidak siuman.

Namun, pelakon Dunia Baru itu telah membuat satu pengakuan bahawa dirinya salah dalam mengekspresikan perasaan di dalam jiwanya sehingga lari dari landasan Islam.

Bukan itu sahaja, Iqram turut memohon maaf serta berjanji akan menjalani kehidupan seperti orang biasa selepas ini.

Terbaru, pelakon berusia 36 tahun itu telah memuat naik sebuah video beliau bersama rakannya menggunakan nama @hamizbasir yang sedang memotong rambut Iqram di depan Masjid Darul Ehsan Taman TAR, Ampang.

 

 

“Dan tibe tibe #solatsubuh , asyik terpandang wajah Mama & Papa … akhirnya …✂️

#doaseorangibu .Thanks dude @hamizbasir ! Good one 😝

@bawaabata.merebucks : #AlkesahnyaIqramDinzly .

@prinxchiqydinzly : Sayangnya rambut dah panjang 🤦‍♂️

 

,” ujarnya.

Video berdurasi 58 saat itu telah mendapat perhatian para peminat kerana beliau telah menukar imej baru malah ada yang memuji penampilan baru dirinya kelihatan nampak lebih kemas dan kacak.

 

 

Leave a Reply