“Nak tengok diri sendiri benak ke tidak?” – Siti Elizad

PETALING JAYA: Pelakon Elizad Sharifuddin memberitahu dia bersetuju menyertai program lawak Super Spontan Xtravaganza kerana ingin menguji diri dia mampu membuat lawak secara bersahaja ataupun tidak.

Pemilik nama sebenar Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, ini berkata, sebagai seorang pelakon yang sentiasa bergantung kepada skrip, program itu dilihat dapat memberi pengalaman baharu kepada dia memandangkan bidang komedi bukan kepakarannya.

“Saya terima tawaran program ini antara sebabnya ia tidak ada skrip jadi sebagai pemain kita perlu cekap dalam melontarkan idea dengan pantas selain menghiburkan.

“Di sini saya dapat cabar diri saya kerana saya seorang pelakon yang memang ikut skrip jadi menerusi Super Spontan Xtravaganza ini boleh cabar diri nak tengok benak (bodoh) ke pandai saya ni,” katanya.

Pelakon itu bakal berentap bersama 16 pelawak lain menerusi program yang bakal bermula pada 20 Julai ini, setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/07/13/siti-elizad/~/media/d8c27f711e8a4a5eac6750a62f4cfd79.ashx?la=en&h=374&w=620

Peserta program Super Spontan Xtravaganza.

Selain Elizad, Super Spontan Xtravaganza turut memperlihatkan penyertaan artis seperti Zara Zya, Achey, Shahrol Shiro, Nizam Jentik Jentik, Tauke Jambu, Atu Zero , Izzue Islam, dan Modee.

Fad Bocey, Abam Bocey, Mamak puteh, Joey, Anas Ridzuan, Tomok dan Jaa Suzuran turut menyertai pertandingan itu.

Dalam pada itu, Elizad berkata, pengalaman menyertai minggu boot camp bersama peserta program itu membuatkan dia memandang tinggi kepada pelakon dan pelawak komedi.

Ini kerana kata Elizad, bukan mudah sebenarnya untuk membuat lawak dan ia memerlukan kepakaran dan latihan apatah lagi untuk berjenaka secara spontan.

“Saya sendiri pun ingat ia mudah… Tetapi saya silap. Jujur saya katakan, ia membuka mata saya tentang dunia komedi kerana bukan mudah sebenarnya hendak buat orang ketawa.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/07/13/siti-elizad/~/media/9fdf0fa8fb89484b916aa26cc410c8c3.ashx?la=en

Elizad mahu cabar diri.

“Perasaan hormat saya terhadap golongan ini memang cukup tinggi selain tersedar saya sebagai pelakon masih banyak perkara perlu saya belajar.

“Ia satu penghormatan dapat bekerjasama dengan ramai nama-nama besar dalam bidang komedi dan jadi sebahagian daripada keluarga Super Spontan Xtravaganza,” jelasnya.

Lebih dikenali dengan watak-watak berat, Elizad berkata, dia terbuka sekiranya selepas ini ada pihak menawarkannya watak dalam drama atau pun filem genre tersebut.

“Sebelum ini ada juga buat drama ringan dan komedi tetapi ia ada skrip, sekiranya selepas ini ada lagi tawaran saya terbuka dan akan ambil peluang perbaiki diri.

“Ini juga peluang saya untuk mengembangkan karier lakonan kerana sebelum ini saya lebih dikenali dengan watak-watak berat sahaja,” ujarnya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/07/13/siti-elizad/#eU2iAHosmb0FADrL.99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *