Menunggu saat bersalin, Memey Suhaiza minta maaf

PETALING JAYA: Pelakon Memey Suhaiza tampil memohon maaf sekiranya ada membuat kesalahan sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak di Instagram miliknya pada Khamis.

Memey, 30, turut meminta pengikutnya di laman sosial itu mendoakan dirinya dan bayi dalam kandungannya dapat dilahirkan dengan selamat.

Ini kerana Memey memberitahu dia dijangka melahirkan bagi ketiganya itu hari ini (Khamis) dan kini sudah pun berada di hospital.

Memey mengesahkan bakal bersalin hari ini menerusi laman Instagramnya.

“Saya minta maaf ya kalau saya ada salah silap sama ada sedar atau tidak. Doakan saya dan baby selamat.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga. Semoga Allah membalasnya.

“Okey, sah nak bersalin hari ini. Sampai hospital, Dr Zarina Bibi periksa rupanya dah 5cm,” katanya.

Memey bersama suami dan dua orang anaknya.

Memey yang bakal melahirkan bayi perempuan turut memberitahu terkejut bakal bersalin kerana tidak mengalami simpton dan tanda kelahiran.

“Terkejut juga sebab tak rasa apa-apa sangat lagi. Sekarang dah tunggu dekat bilik bersalin,” katanya.

Memey dan Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

 

 

 

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *