Hanya bertahan 20 tahun, Armin ceraikan Ziana talak satu

SHAH ALAM: Kemelut rumah tangga penyanyi Ziana Zain akhirnya bertemu titik nokhtah apabila suaminya, Armin Zaharin Ahmad melafazkan cerai talak satu pada petang Khamis.

Armin membuat lafaz itu pada pukul 2.45 petang dihadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahulah nasib kau nanti Allah balas!” – Teguran Ziana buat Armin

Ziana Zain atau nama sebenar atau nama sebenarya Siti Roziana Zain, 50, dan Armin, 53, bernikah pada 9 Mei 1998.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/07/12/ziana-talak-satu/~/media/746a8523c6014ecd981e035869fd4cbd.ashx?h=600&la=en&w=474

Gambar kenangan Armin dan Ziana Zain.

Hasil hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Perkahwinan mereka mencatat sejarah dalam dunia hiburan negara pada ketika itu kerana ia disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Malah majlis pernikahan itu juga turut dibuka kepada peminat untuk sama-sama meraikannya.

 

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/07/12/ziana-talak-satu/#6IwCbH6Ci1VFz2l5.99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *