“Saya memang memilih..” – Ziela Jalil banyak ‘tapis’ lelaki sebelum terima menantu

Umum ramai yang tahu pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil telah menerima menantu selepas anak sulungnya, Puteri Julia Nabilah selamat bernikah pada 1 Julai dan diraikan pada majlis resepsi Ahad lalu.

Menerusi laporan BH Online, Ziela berkata selama ini dia sangat prihatin dengan setiap tingkah laku anak kesayangannya itu kerana risau hasrat dan cita-cita Julia untuk menjadi doktor tidak kesampaian.

Mengakui bimbang sekiranya isteri kepada Dziya Faqhran itu tersalah pilih kawan, dia sangat melindungi Julia setiap kali anaknya itu memperkenalkan kawan lelaki kepadanya.

Namun berbeza apabila gadis berusia 26 tahun itu memperkenalkan Dziya kepadanya apabila dia melihat lelaki tersebut sangat menyayangi Julia.

Selain itu, Ziela juga mendedahkan bahawa Dziya memberikan anaknya lebih daripada apa yang diberikan lalu membuatkan dirinya yakin dengan pilihan hati Julia.

Tambah Ziela, anak dan menantunya hanya berkenalan empat bulan sebelum diijabkabulkan serta berharap mereka diberi kekuatan untuk mengharungi kehidupan rumah tangga.

Sumber : BH Online

 

Kredit: Ohmymedia

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *