[GAMBAR] Netizen Puji Penampilan Terbaru Ziana Zain Dua

Setiap kali Ziana Zain membuat persembahan, di situ jugalah akan kelihatan seorang peminat setia yang akan hadir menyaksikan penyanyi kesayangannya ini membuat persembahan. Malah pernah suatu ketika dahulu tatkala Ziana menjadi juri bagi sebuah rancangan realiti, dia juga turut mencuba nasib sebagai peserta hanya kerana ingin menatap wajah Ziana.

Digelar Ziana Zain Dua Kerana Terlalu Obses

Peminat tersebut, Nik Aidi Azhar atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain 2 dikatakan begitu meminati figura itu. Manakan tidak, sebut sahaja perihal pelantun Putus Terpaksa itu semuanya diketahui Ziana Zain 2 ini. Malah ada ketikanya, dia turut berpenampilan persis Ziana hanya kerana ingin kelihatan sama seperti idolanya.

 

masa show kt n sembilan elgi sepi azharina.

A post shared by nik aidi azhar ziana zain2 (@zianazainduaofficial) on

Sudah Berubah

Namun begitu, itu dahulu kini Ziana Zain 2 kelihatan sudah berubah dan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Di Instagram beberapa perkongsian menarik mengenai perihal agama turut dikongsi olehnya sebagai satu pengajaran dan keinsafan.

Netizen yang mengikuti perkembangannya turut memuji dengan penampilan terbarunya selain turut mendoakan agar dia terus beristiqamah.

 

Asalamualaikum terima la nyasid di pondok kecil.

A post shared by nik aidi azhar ziana zain2 (@zianazainduaofficial) on

 

Kredit: Hangat.com

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply