Comel Sungguh Reaksi Spontan Si Kembar Anggun Nangis, Bila Tahu Bakal Jadi ‘Kakak Kawasan’!

Pelbagai reaksi dan telatah anak-anak dapat dilihat tatkala mak ayah mengumumkan kehadiran bakal’orang baru’ dalam keluarga. Lebih-Lebih jika anak sulung masih kecil, kehadiran adik baru boleh menimbulkan perasaan cemburu dalam diri.

Memang sungguh comel melihat reaksi spontan si kembar Anggun Darleena dan Anggun Darleesa, yang menangis bila mendapat tahu diri bakal dapat adik dalam video yang dimuat naik didalam akaun Instagram mereka baru-baru ini.Pasangan kembar ini seolah-olah memahami, tidak gembira dan masih tidak bersedia dengan kehadiran bakal adik baru.Reaksi mereka menangis dan mencampakkan bingkai gambar yang mempunyai imbasan bayi, cukup mencuit hati.

 

Buat yang masih tidak mengenali si kembar comel ini, Puteri kembar ini merupakan anak kepada Diana Nasir,32 yang merupakan kakak kepada pelakon dan model cantik Anzalna Nasir serta Afifah Nasir.

 

Sementara itu, Diana Nasir turut berkongsi coretan manis buat anak-anaknya disamping video yang dikongsikan.

“Inilah reaksi Anggun bila kami memberitahu mereka bakal menjadi kakak! Anggun, walau apa pun yang datang mahupun berlaku, kamu akan selamanya-lamanya merupakan anak kecil mama dan papa. Kami akan mencintai kamu sama rata dan tanpa syarat. Alhamdulillah, keluarga kami semakin membesar dan rezeki daripada Allah. Kami rasa bersyukur dan dirahmati, menanti lebih banyak kegembiraan serta membesarkan mereka semua sekali.”

 

 

Terdahulu, pasangan kembar Anggun Darleena dan Anggun Darleesa yang mempunyai 146 ribu pengikut di Instagram ini telah dilahirkan pada 7 Januari 2017 dan kini telah berumur 1 tahun 6 bulan.

Meskipun masih tidak dinyatakan berapa usia kandungan tersebut, mengucapkan tahniah kepada Diana Nasir semoga kandungan bayi membesar dengan sihat dan sempurna.

 

 

GUESS WHAT?… 👶🏻👶🏻🤫 PART 1 .. @the_angguns

A post shared by Lady D (@diananasir86) on

 

 

 

 

 

Sumber:Mingguan Wanita

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *