Respon Fazley Yaakob Bila Anak-anak Dikaitkan Dengan Rosmah Mansor

Kesedaran untuk saling menghormati di kalangan rakyat Malaysia semakin longgar. Biarpun negara kian maju, namun rakyat Malaysia menjadi semakin biadab dalam berkata-kata di media sosial.

Hari ini, tohmahan, fitnah, kata-kata kesat diguna secara meluas tanpa segan silu. Kepesatan perkembangan teknologi menjadikan kita hilang budi bahasa yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Seperti yang berlaku pada ruangan komen Instagram milik selebriti Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini. Salah seorang netizen telah melontarkan kata-kata tohmahan yang melampau terhadap ahli keluarganya. Sebagai rakyat Malaysia, ini sangat mengecewakan!

Hal ini bermula selepas Fazley telah memuatnaik satu keratan akhbar mengenai penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada hari Selasa yang lalu. Dalam posting terbarunya itu, Fazley mempersoalkan adakah Najib benar-benar bersalah ataupun orang lain yang menjadi dalang.

 

 

 

 

Dalam banyak-banyak reaksi netizen di ruangan komen, ternyata yang satu ini cuba melemparkan kata-kata negatif terhadap keluarga Fazley.

Tak Melatah

Walaubagaimanapun, kami di hangat.com puji dengan sikap Fazley yang tidak mudah melatah dengan kritikan. Fazley meyakinkan individu bahawa anak-anak tidak perlu dibabitkan dalam isu ini malah mereka tidak bersalah.

Dakwaan individu itu turut mendapat reaksi adik lelakinya, Raf Yaakob yang menganggap komen itu salah satu contoh kebodohan yang tidak bermoral.

Banyak lagi yang rata-rata masyarakat Malaysia tahu kesan penyalahgunaan media sosial ini yang menghakis nilai murni dalam kalangan kita. Apa-apa pun kami berharap tidak ada lagi wujudnya individu-individu ini di media sosial mahupun di muka bumi sekalipun.

 

 

Sumber: Hangat.com

 

 

Leave a Reply