“Degupan itu akhirnya terhenti”

PENYANYI legenda, Amy Search mendedahkan isterinya, Norish Hassan yang sedang hamil dua bulan mengalami keguguran.

Amy menerusi Instagram pada malam Rabu memaklumkan mengenai perkara itu selain meluahkan rasa sedih kehilangan bayi yang bakal dilahirkan.

“Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dari pandangan. Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini.

“Qaqa menangis teresak-esak. Kini tiada lagi cerita baby yang bakal mereka miliki antara mereka,” tulisnya.

Penyanyi lagu Issabela itu turut memuat naik video yang memaparkan sesi pemeriksaan doktor pada statusnya itu.

Dugaan itu akhirnya terhenti

Degupan itu akhir nya terhenti dan hilang dri pandangan. Alex, Sania dan Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini. Qaqa menangis teresak esak. Kini tiada lagi cerita baby yang bakal mereka miliki antara mereka. Moga kami semua redha dengan dugaan yang tak terpandang ini. Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaan nya. AmeenYRA
“Aku Tersentak Langsung Tersedar
Cuaca Dingin Menanda Hati Yang Kian Rawan
Terbayang Seribu Kemungkinan
Sejenak Ku Mendakap
Kau pun Hilang, Dari Pandangan. ”
#amysearch

 

 

 

Dalam pada itu, Amy memberitahu dia reda dengan dugaan tersebut dan berharap akan ada keindahan di sebalik ujian diberikan kepada mereka sekeluarga.

“Moga kami semua reda dengan dugaan yang tak terpandang ini. Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaan-NYA.  AmeenYRA,” luah Amy.

Pada 25 Mei lalu, Amy meluahkan rasa gembira mengenai kehamilan isterinya itu selain tidak sabar untuk bergelar bapa pada usia 60 tahun.

Untuk rekod, Amy dan Nourish yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

 

‘Stay strong’

Sumber: Mstar, Ohbulan

 

Leave a Reply