[VIDEO] “Terbaik! Azal Turutkan Je Cakap Ibu…”- Netizen Puji, Cara Zarina Zainuddin ‘Ajar’ Azal Cara Buat Kerja Rumah.

Pasti ramai yang telah mengenali aktres cantik Zarina Zainuddin yang mempunyai dua orang cahaya mata syurga iaitu Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal) yang menghidapi  Autisme. 

Namun, anak kedua iaitu Azal sering mendapat perhatian kerana lebih menonjol berbanding abangnya, Azil kerana dia seorang yang mudah mesra, boleh bercakap dan sentiasa mengikuti Zarina semasa membuat penggambaran drama. Umum mengetahui, bahawa Zarina sentiasa memuat naik perkembangan anak-anak di laman sosial.

BACA: [VIDEO] “I’m Touching! Sedih Tengok Video Ni…”- Riak Wajah Azal Luahan Zarina Bikin Netizen Simpati

Menerusi perkongsian di laman sosial Instagramnya Zarina menulis kapsyen, Azal mob rumah. Dilihat Azal telah membantunya membuat kerja rumah iaitu membersihkan lantai dan mendengar kata-kata ibunya.

Azal mob rumah ❤ #azalazil

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

 

Video yang telah dimuat naik telah mendapat tontonan sebanyak 107 ribu tontonan dan rata-rata netizen memuji cara Zarina mendidik anak syurganya itu. Diharapkan Zarina tetap kuat dan tabah melayan kerenah anak-anaknya.

Syukur. Azal rajin membantu ibu di rumah…

Bagus Azal dengar cakap ibu…

Sumber: IG Zarina Zainuddin

KisahDunia.COM

Leave a Reply