‘Jaga Diri Kat Sana Adam!’- 5 Selebriti Ini Zahirkan Rasa Hiba

Luluh hati ibu apabila mengetahui anaknya, Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif yang didakwa dilarikan individu tidak dikenali semalam, dijumpai mati di rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves.

Orang ramai rata-rata terkejut dan meluahkan perasaan pilu lebih-lebih lagi ketika membaca luahan ibu mangsa, Farrah Madihah Othman menerusi laman Instagram miliknya.

Berita sedih ini turut mendapat perhatian ramai selebriti di Malaysia dan mengutuk tindakan pengasuh ini yang dianggap tidak berhati perut.

Abby Abadi Rasa Luluh Hati

Datuk Aznil Nawawi Mohon Malaysia Cari Iltizam

Datin Seri Shahida Tak Dapat Bayangkan Jika Jadi Pada Dirinya

Sharnaaz Ahmad Harap Pesalah Terima Hukuman Yang Setimpal

Nilai Kemanusiaan Semakin Tandus – Amin Hayat

Pesalah Sudah Ditahan Polis

Menurut laporan Utusan Online, mayat Adam Rayqal ditemukan dengan keadaan lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin serta dimasukkan ke dalam beg berwarna hijau di bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, polis sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun dab rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka, semalam.

 

Sumber: Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *