“Sorry kalau korang maki hamun.. Ok lah Abang Baby nak siap2 beraya!” – Syafiq Kyle

Nampaknya drama Nur yang ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3 telah melabuhkan tirai malam tadi selepas bersiaran selama 19 episod bermula 14 Mei lalu.

Bagi salah seorang pelakon utamanya Syafiq Kyle yang membawa watak sebagai Ustaz Adam, sudah tentu meninggalkan kesan mendalam buat penonton drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu.

Namun pelakon yang pernah dihimpit dengan kontroversi video lucah itu telah memohon maaf sekiranya ada penonton yang memaki hamun sepanjang drama tersebut ditayangkan.

 

“Alhamdulillah. Tamat sudah #Nur. Perjalanan emosi betul. Sorry kalau ada buat korang sumpah seranah berbakul-bakul.

“Sesungguhnya yang baik semua dari-Nya, yang buruk datangnya dari Capik sendiri. Ok lah Abang Baby nak siap siap nak beraya esok lusa ni. Bye!, ujarnya menerusi ruangan posting tersebut.

Netizen dan para pengikutnya di Instagram memberikan pelbagai reaksi mengenai drama fenomena itu yang rata-rata tidak berpuas hati dengan pengakhiran jalan cerita tersebut.

 

Sumber : Syafiq Kyle

 

Kredit: Ohmymedia

Leave a Reply