“Okay I Surrender” – Datuk Acis Dimasukkan Ke Hospital!

Sejak tiga hari yang lalu, komposer dan pengarah muzik, Datuk Acis dilaporkan telah dimasukkan ke hospital. Berita itu dikongsi sendiri oleh Acis dan isterinya, Datuk Sheila Majid menerusi Instagram mereka.

Demam Panas

Hangat.com difahamkan Acis dmasukkan ke hospital kerana mengalami demam panas sejak beberapa minggy yang lalu. Malah sepanjang menjalani rawatan, Acis setia ditemani Sheila selain menerima kunjungan keluarga rapat.

“Ok I surrender,”

Enggan Beraya Di Hospital

Malah,Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim Hassim turut mengharapkan kesihatannya bertambah baik dan enggan beraya di hospital sekiranya keadaannya tidak mengizinkan. Apa pun sama-sama kita doakan agar Datuk Acis diberikan kesembuhan dan boleh bergembira beraya seperti orang lain.

Sumber: Hangat.com

 

 

Artikel Berkaitan

Foto bersama Tun M, netizen puji Sheila cantik berhijab

 

FOTO yang dimuat naik penyanyi Datuk Sheila Majid bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat perhatian netizen pada malam Sabtu.

Sheila, 54, yang berpeluang berbuka dan menunaikan solat tarawih bersama perdana menteri itu dipuji kelihatan anggun memakai hijab tanpa sebarang solekan di wajahnya.

“Alhamdulillah dapat berbuka puasa & berterawih dengan Tun Mahathir lagi. Looking good Sir! May Allah SWT bless you with abundance of good health & keep you safe (Semoga Allah SWT memberkati anda dan memberi kesihatan yang baik & menjaga anda dengan selamat. #janganjealous” tulisnya di Instagram.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/06/10/sheila-majid-tun/~/media/3584b11fb91c41f88302edce36d0a533.ashx?la=en

Foto yang dimuat naik Sheila pada malam Sabtu.

Rata-rata netizen menyifatkan penyanyi lagu Sinaran itu lebih sopan dan berharap terus mengekalkan penampilan sedemikian.

Sheila mengayakan jubah dan tudung berwarna hitam pada sebuah majlis berbuka puasa tersebut.

Pada masa sama, penyanyi itu turut memuat naik foto bersama isteri perdana menteri iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dalam pada itu, ada juga yang meminta agar Sheila menyanyikan lagu khas buat Tun M seperti mana lagu Lagenda yang pernah ditujukan buat Tan Sri P Ramlee.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/06/10/sheila-majid-tun/#BAUmc01xsSpQdX2M.99

Leave a Reply