‘Apa Helena sentuh, dia dapat’

KUALA LUMPUR: Bagai menatang minyak yang penuh, apa saja perkara yang dilakukan Hael Husaini sekarang adalah untuk anak angkat tersayang, Helena yang berusia setahun.

Tidak hairanlah, kata Hael, persiapan menyambut Syawal lebih tertumpu kepada si comel itu.

“Saya lelaki, cukuplah sepasang dua pakaian baharu. Untuk Helena, sudah pasti, dia masih bayi, jadi semua persiapan tertumpu kepadanya.

“Kiranya, apa saja benda dia pegang dan suka, saya beli saja… Jadi, susah nak beritahu berapa pasang baju baharu saya beli untuk Helena tahun ini,” katanya kepada BH Online.

Bakal meraikan Syawal secara sederhana di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Hael bersyukur diberi peluang mengasuh Helena yang cukup disayangi teman-teman dan peminat.

“Apa yang saya lihat, rezeki yang saya peroleh sekarang, adalah daripada Helena. Saya hanyalah penjaga kepada rezekinya.

“Saya juga mengambil tanggungjawab menjaga dan mengasuh dia. Cuma saya terharu dan rasa bertuah kerana Helena turut disayangi teman-teman dan peminat,” katanya.

Hael berkata, apa saja yang terlintas dalam fikirannya sekarang adalah Helena.

“Apa saja perkara dibuat, saya pasti teringat Helena. Habis kerja, cepat-cepat saya balik kerana dia,” katanya.

 

Sumber: BH

 

INDESCRIBABLE ❤️ . #helenahael

A post shared by #HARAM (New Single) (@haelhusaini) on

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *