Bukan berlagak alim… – Qi

PELAKON dan pengacara Qi Razali tidak mahu ambil pusing serangan peribadi terhadapnya menerusi akaun Twitternya yang mengajak orang bersolat baru-baru ini.

Qi, 40, berkata dia cuma membuat kenyataan itu secara umum tanpa berniat untuk berlagak alim dan pandai.

“Siapa yang ambil nasihat itu dengan cara baik baguslah. Yang belum sampai masanya insya-Allah kita buat yang terbaik saja.

“Cara kita mengajak dan membimbing ke arah kebaikan itu masing-masing punya tanggungjawab. Kan tweet saya itu diakhiri dengan ajar cara elok dan bagi contoh baik.

“Islam itu indah. Jangan bagi pandangan buruk terhadap agama kita dengan satu komen saja,” katanya merujuk kepada pelbagai komen negatif daripada netizen terhadapnya.

Menerusi tweet itu, Qi meluahkan rasa peliknya apabila zaman sekarang ramai yang segan untuk mengajak kawan bersolat.

“Tak salah kalau kita ajak kawan atau kekasih kita solat. Zaman sekarang, nak ajak orang solat pun segan. Pelik pula tengok.

“Kalau mereka tak nak solat atau marah kita balik, tak apa, kita ajak lagi. Itu memang tanggungjawab kita. Ajak cara elok. Bagi contoh yang baik,” katanya.

Meskipun menerima banyak reaksi positif, tidak kurang ada netizen membuat serangan peribadi terhadapnya.

Ada yang menuduhnya kaki kelab malam dan mempersoalkan kenyataannya itu.

Tidak kurang ada yang mengecam kekasihnya tidak menutup aurat.

 

Sumber: Metro

 

Working day. Ngantuk weyyy. #dian #hisham

A post shared by Qi Razali (@qirazali0808) on

 

A post shared by Qi Razali (@qirazali0808) on

 

Leave a Reply