‘Abah Kau!’- Serang Balas Aeril Zafrel Untuk Budak Raver

Sudah lama tidak mendengar perkhabaran terbaru mengenai pelakon Aeril Zafrel. Hangat.com difahamkan antara drama terkininya adalah menerusi drama mini Patahnya Sebelah Sayap Ramadhan yang kini ditayangkan di TV3.

Budak Raver ‘Seru’ Aeril

Terkini, netizen sering kali menganggap pelakon ini sebagai seorang yang kelakar kerana sering kali memberikan komen balas yang menghiburkan di Twitternya. Ini termasuklah komennya mengenai sebuah budaya remaja yang digelar sebagai ‘raver’. Kononnya di akaun ketua ‘raver’ itu telah memberi amaran kepada pengikutnya dan merujuk kepada pelakon ini sebagai ‘budak punk’.

Komen Yang Menghiburkan!

Melihatkan pada kenyataan ‘Ketua Raver’ yang dikenali sebagai Uchux Raver itu, Aeril turut memberi komen balas yang agak kelakar. Sehingga kini, komen pelakon itu mendapat lebih daripada 6 ribu tanda suka ‘like’.

Rata-rata peminat yang melihat aksi bersahaja Aeril menganggap dia sememangnya menghiburkan apatah lagi turut memerli budaya remaja yang dilihat agak pelik di masa ini.

 

Sumber: Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *