Saya bahagia tanpa telefon – Simon Cowell

KUALA LUMPUR 10 Jun- Produser terkemuka dunia, Simon Cowell mendedahkan kehidupannya lebih bahagia apabila dia membuat keputusan untuk hidup tanpa telefon pintar 10 bulan yang lalu.

Jelasnya, dia sebelum ini pernah merasa jengkel kerana menyedari dia terlalu bergantung hidup dan menghabiskan lebih masa bersama telefon berbanding menikmati kehidupannya.

“Benar, sudah 10 bulan saya hidup tanpa telefon pintar. Saya rasa sangat menjengkelkan kerana apabila saya bertemu ramai orang, mereka lebih senang melihat ke telefon berbanding bercakap sesama sendiri.

“Ketika itu saya sedar bahawa saya juga seperti mereka. Malah saya tidak boleh fokus kerana sibuk dengan telefon pintar,” katanya ketika ditemu bual Daily Mail.

Dalam pada itu, Simon juga merasakan kesihatan mentalnya berada di tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya dan tidak pernah menyesal dengan tindakannya.

 

 

“Ini satu keputusan yang sangat baik untuk kesihatan mental saya. Memang satu pengalaman yang sangat aneh tetapi sangat-sangat baik untuk kita semua. Saya lebih bahagia,” katanya.

Selain Cowell, beberapa artis terkemuka Hollywood juga mengambil tindakan sama seperti Tyra Banks, Elton John dan Sarah Jessica Parker. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *