Dah setahun… masih lagi belum sedia – Remy Ishak

PELAKON Remy Ishak memberitahu dia dan tunangnya, Ezza Yusof masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga walaupun sudah setahun mengikat tali pertunangan.

Remy, 36, berkata, pada tahap sekarang mereka masih dalam proses mengenali dan mempelajari tentang diri masing-masing selain faktor komitmen kerja membantutkan perancangan berkahwin.

“Jujurnya kami berdua belum bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan mengambil tempoh bertunang ini untuk betul-betul memahami pasangan.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/06/11/remy-ishak/~/media/57ec5d3bccba466986892ff4596633e5.ashx?la=en

Remy kini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem Sangkar.

“Perancangan asal pun bertunang selama dua tahun jadi masih ada masa… sekarang pun kami berdua sangat sibuk dengan pelbagai komitmen kerja,” katanya.

Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada 1 Mei tahun lalu.

Tidak menolak hubungannya dengan Ezza pernah dilanda badai, Remy bagaimanapun menganggap ia sebagai ujian dalam mematangkan mereka sebagai satu unit.

Jelasnya, dalam tempoh pertunangan inilah mereka dapat menguji diri sendiri sama ada cukup bersedia atau tidak untuk melangkah ke alam perkahwinan.

“Macam mana hendak berkahwin kalau masalah dan dugaan yang datang sekarang pun tak boleh diselesaikan?

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/06/11/remy-ishak/~/media/2c662764f2fb42e29b34f55db32f1684.ashx?la=en

Remy dan Puteri Aishah akan muncul dengan filem Pulang pada Julai ini.

“Tempoh bertunang inilah kita belajar dan persiapkan diri dan kami berdua tahu masih belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Remy berkata, dia kini giat mempromosikan filem terbaharu lakonannya bersama Puteri Aishah iaitu Pulang yang bakal menemui penonton pada Julai ini.

Selain itu, Remy juga masih dalam proses penggambaran filem Sangkar yang menggandingkannya dengan aktor Zul Ariffin

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/06/11/remy-ishak/#WVgkiY4oHdePsY9g.99

Leave a Reply