Yana Samsudin gembira hubungan Farid, Diana kembali harmoni

 

PELAKON Yana Samsudin mengakui turut berasa gembira dengan perkembangan hubungan abang iparnya Datuk Farid Kamil dan isteri Datin Diana Danielle yang kembali harmoni.

Isteri kepada Fadzil Zahari ini berharap kebahagiaan pasangan tersebut lebih telus dan kekal sehingga ke akhir hayat mereka.

“Alhamdulillah, saya sebagai ahli keluarga juga bersyukur dan gembira melihat hubungan mereka (Farid dan Diana) kembali mesra seperti dahulu.

“Saya harap ia telus dan berkekalan sehingga ke anak cucu,” ujarnya kepada mStar Online.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/05/18/yana-samsudin/~/media/21be49a06b7c4ca2923830b9c834c9ce.ashx?la=en

Yana dan suaminya Fadzil Zahari.

Yana ditemui pada majlis sidang media Back To Back Raya Mode Republik 2018 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific.

Pelakon filem Adnan Sempit ini berkata, ia mungkin hikmah di sebalik kejadian malang yang menimpa aktor itu beberapa bulan lalu.

“Saya kenal dia sudah lama dan tidak percaya dia melakukan perkara itu. Tapi ia mungkin jalan yang sudah tertulis.

“Allah ingin tunjuk dia jalan yang lain dan lebih baik. Semuanya sekarang sudah jadi harmoni,” ujarnya.

Yana menambah, sebagai salah seorang ahli keluarga, dia sentiasa menyokong semua tindakan yang diambil pelakon berkenaan.

“Saya sokong daripada bahagian keluarga. Apa yang berlaku ini bukan memberi kesan kepada dia sahaja, malah satu keluarga,” ujarnya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/05/18/yana-samsudin/~/media/03d34863460546dbbf45d4a5aef49497.ashx?la=en

Yana dan Emma Maembong turut menyertai karnival jualan Mode Republik 2018.

Pada Januari lalu, Farid ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Farid juga direman mengikut Seksyen 90 Akta Polis,  Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Yana bakal terlibat dalam karnival KL Raya Fest tahun ini akan bermula 8 Jun hingga 11 Jun dan berlangsung selama 72 jam tanpa henti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tahun ini, seramai 97 selebriti antaranya Yana Samsudin, Zain Saidin, Emma Maembong, Ziana Zain, Fazura dan Elfira Loy bakal menyertai festival itu.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/05/18/yana-samsudin/#QcjhLg0bLWBkqeXp.99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *