Overshadow? Baju Kris Dayanti Lebih Terserlah Dari Baju Pengantin

Sudah lamanya rasanya kami tidak menulis mengenai perkhabaran terbaru penyanyi kesayangan Indonesia, Kris Dayanti. Penyanyi yang juga rakan karib Datuk Seri Siti Nurhaliza itu masih lagi kekal jelita dan sehingga kini aktif bernyanyi di negara seberang memenuhi jemputan nyanyian.

Baju Krisdayanti Lebih Terserlah Berbanding Pengantin

Dalam perkembangan lain, baru-baru ini tular di media sosial apabila gambar penyanyi ini terlihat bergambar bersama pasangan pengantin di sebuah majlis resepsi. Rata-rata daripada mereka menganggap baju yang dipakai oleh Kris itu jauh lebih terserlah daripada baju yang dipakai oleh pengantin itu sehingga menyebabkan gambar tersebut seperti gambar acara Kris sendiri.

Pengantin Jelaskan Perkara Sebenar

Hairan akan gambarnya tular di Malaysia, pengantin tersebut telah tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

Tidak terasa hati apabila mereka menganggap Kris ‘mencuri’ tumpuan pada gambar itu, sebaliknya pengantin itu menjelaskan penyanyi itu membuat persembahan yang begitu baik di majlis perkahwinannya dan merasakan itu sebagai salah satu moment terbaik nya!

Jadi disini jelaslah sudah bahawa netizen ini sebenarnya ‘terlebih sudu daripada kuah’ bukan?

 

Sumber:Hangat.com

Leave a Reply