Fikry Ibrahim enggan tanggung dosa kerana Uqasha

TUJUAN pelakon Fikry Ibrahim memuat naik foto mengaburkan rambut pelakon Uqasha di laman sosialnya kerana tidak mahu menangung dosa orang lain.Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 25, berkata dia enggan mengambil peduli kata-kata netizen mengenai tindakannya itu.

“Buat apa saya nak tanggung dosa orang lain. Selagi boleh dielak, saya akan cuba elak. Kalau saya tak muat naik foto dia, takut nanti jadi salah faham.

“Jadi nak atau tak nak, saya terpaksa kaburkan rambut dia. Saya ada baca juga komen netizen yang mempertikaikan kenapa saya buat macam tu.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/05/18/fikry-ibrahim/~/media/2a56665c08de4af7b69efb8a459ae6b4.ashx?la=en

Foto yang dimuat naik Fikry mendapat pujian netizen.

“Tak kisahlah mereka nak kata apa. Tapi selagi saya boleh elak, saya akan cuba,” kata Fikry kepada mStar Online.

Fikry diminta mengulas mengenai tindakannya memuat naik foto promosi drama Rahsia Hati Perempuan dengan menutup rambut Uqasha di Instagramnya.

Rata-rata netizen memuji sikap Fikry yang menjaga aurat pelakon wanita itu dan tidak menyebarkan dosa kepada orang lain.

Drama lakonan Fikry dan Uqasha itu sedang ditayangkan di Astro Ria pada pukul 10 malam setiap hari Isnin hingga Khamis.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/05/18/fikry-ibrahim/~/media/7dda0d8823bc4e65bee13afb62937999.ashx?la=en

Fikry berpegang pada prinsipnya tidak mahu melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.

Selain mereka berdua, drama arahan pengarah Michael Ang ini turut diterajui oleh Hisyam Hamid dan Mira Filzah.

Dalam pada itu, pengacara program Gema Gegar Vaganza ini masih berpegang dengan prinsipnya tidak mahu melakonkan babak bersentuhan.

“Saya memang akan letak syarat tidak mahu melakonkan babak yang memerlukan saya bersentuhan dengan pelakon wanita.

“Tak kisah kalau pihak produksi atau pengarah tidak boleh terima tapi saya tetap dengan prinsip itu.

“Saya akui ada drama saya berpegang tangan tapi ia salah faham pihak pengurusan saya yang terlupa nak beritahu perkara itu kepada pengarah,” ujarnya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/05/18/fikry-ibrahim/#ygPLHf23Sues5zFM.99

Leave a Reply