“#DoneSahur Kena Taip Lepas Sahur Ke Imsak?” – Buat-Buat Tanya, Status Twitter Syafiq Kyle Bikin Netizen Pecah Perut, Lawak Habis!

Walaupun nampak garang dan matang, siapa sangka pelakon Syafiq Kyle turut mempunyai personaliti yang melucukan.

Terbaru Syafiq menerusi laman Twitternya sempat menanyakan soalan cepumas kepada para pengikutnya.

“Sorry tumpang tanya. #DONESAHUR kena type lepas Subuh ke Imsak? Capik dah kenyang ni. Boleh taip skrg tak?,” tulis Syafiq.

Sorry tumpang tanya. #DONESAHUR kena type lepas Subuh ke Imsak? Capik dah kenyang ni. Boleh taip skrg tak? 😗

— Syafiq Kyle (@iSyafiqKyle) May 16, 2018

Rata-rata menjawab soalan berkenaan, malah ada juga yang sempat memberikan beberapa hashtag lain kepada pelakon drama Nur itu.

Seronok melayan keletah peminatnya, Syafiq turut berkongsikan beberapa jawapan netizen di ruangan Twitternya.

Tidak hanya itu, selain #DoneSahur, Syafiq turut menanyakan peminatnya mengenai hashtag #DoneIftar pula.

Aduh, dah tertelan air hujan plak. Boleh tweet #doneiftar ke?

— Syafiq Kyle (@iSyafiqKyle) May 17, 2018

Terhibur pula dibuatnya! Tak sangka Syafiq ni kelakar juga orangnya kan?

Sumber Twitter Syafiq Kyle

KisahDunia.COM

Leave a Reply