[VIDEO] “Terharu Tengok Mereka Dua”- Anak Zarina Zainuddin Bikin Netizen Hiba

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon Zarina Zainuddin yang apabila berlakon pasti membuatkan netizen terkesan dan selain mempunyai komitmen dalam kerja beliau juga perlu menjaga Azal dan Azil.

Kedua anak lelaki pelakon ini merupakan anak autisme yang memerlukan Zarina Zainuddin menjadi seorang ibu yang kuat dalam melakukan tanggungjawabnya terhadap Azal dan Azil.

Azal yang dilihat sering menemani Zarina

Selain Azal, Azil juga memerlukan jagaan yang rapi oleh ibunya itu.

Foto anak-anak Zarina

Nama sebenar anak pelakon ini iaitu Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang kini dalam lingkungan 2o-an namun selain mempunyai anak istimewa ini beliau juga dikurniakan dua anak lelaki lagi, Muhammad  Naim dan Muhammad Adam.

Melihat sahaja wanita hebat ini, pasti rata-rata menganggap Zarina Zainnudin merupakan ibu yang baik malah melalui pengkongsian di laman sosial Instagram sering sahaja pelakon ini berkongsi perkembangan Azal dan Azil yang membuatkan ada yang terharu. Malah yang terbaru pula, Zarina memuat naik video yang kelihatan Azal dan Azil berpimpin tangan sehinggakan ada yang hiba dan menangis melihat video tersebut.

 

 

Seiring dan sejalan…

Sehati sejiwa…

Sweetnya Azal…

Malah ada juga netizen yang mengikuti perkembangan Azal dan Azil namun buat pertama kali beliau ingin menyatakan bahawa dia bangga melihat anak-anak Zarina ini dan turut mendoakan keluarga pelakon ini.

 

Terdahulu, Zarina juga ada memuat naik video yang menerusi kapsyennya beliau menceritakan kisah ketika melahirkan Azal dan Azil.

Sumber: IG Zarina Zainuddin

KisahDunia.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *