[VIDEO] “Haha Tepuk Tangan Cover Macho Tu Hebat Dayyan, Style Kena Ada!”-Pecah Habis Black Gelak Bila Tengok Dayyan Acah Berani Dengan Arnab!

Bermula dari program realiti Mentor, Black Hanifah atau nama sebenarnya Hanifah bin Md Hanafiah mula dikenali ramai dengan suaranya yang mampu mencapai not tinggi dan sentiasa perform nyanyiannya. Tidak pernah terkucil sekalipun.

Sebelum ini KD ada sajikan korang dengan video lawak Black ditampar anaknya kerana perkataan rindu kan? Dayyan yang pelat tetap nak sebut ‘rinu’ jugak walaupau dibetulkan oleh ayahnya. Akhirnya, tamparan yang Black terima. Aduhai hehe..

Terbaru, menerusi IG Black Hanifah terlihat Dayyan sedang duduk membelai seekor arnab putih bernama Dodis dan ayahnya bertanya sama ada dia takut atau tidak dengan arnab itu. Dayyan menjawab dengan penuh yakin bahawa dia tidak merasa takut dengan haiwan comel itu.

Setelah beberapa saat, Dayyan menyuruh ibunya ambil arnab itu tetapi Black pula menyuruh isterinya meletakkan lagi seekor arnab hitam di peha Dayyan. Terus menjerit anak cilik itu memanggil ibunya. Hehe tadi kata tak takut kan?

Paling lawak sekali apabila selepas saja ibunya mengambil kedua-dua arnab itu, Dayyan sempat cover macho tidak mahu nampak ketakutannya sambil menepuk tangan tersenyum pada saat akhir video itu. Haha cover baiik punya ye..

Black tidak dapat menahan gelak dari lihat telatah satu-satunya anak lelakinya itu kerana pada mulanya nampak confident, bila diletakkan lagi seekor arnab terus menjerit panggil ibunya.

Rata-rata netizen memang sangat terhibru dengan gelagat Dayyan yang cover macho tu! Kelakar juga anak Black ni kan macam ayahnya juga.

Mula-mula macam hero lepastu haha..

Hahaha ngok lahh

Suka sangat Black sakat anak dia haha

Sumber: IG Black Hanifah

KisahDunia.COM

Leave a Reply