Kemaluan Anak Dicilikan, Ziana Zain Bongkar Sikap Sebenar Armin

Setelah mendiamkan diri buat seketika mengenai isu permohonan cerai yang difailkan oleh penyanyi dan pelakon, Ziana Zainakhirnya hari ini Ziana menceritakan hal yang sebenar mengenai kisah rumahtangga nya bersama Armin Zaharin sambil ditemani adiknya, Anuar Zain.

Kemaluan Anak Dicilikan, Muka Lebam

Dalam sebuah sidang media khas yang diadakan sebentar tadi, Ziana dengan penuh hiba memberitahu dia sudah hilang sabar apabila suaminya itu mencederakan anak-anaknya.

Menolak dakwaan kononnya perbuatan suaminya itu adalah sekadar ingin ‘mengajar’ anak-anaknya, Ziana menjelaskan bahawa anak-anaknya teruk dipukul Armin sehingga menyebabkan muka anaknya itu lebam dan pernah suatu ketika tangan anaknya itu ‘pecah’ kerana dirotan.

Lebih memilukan, anak kembarnya, Muhammad Ariel yang ketika itu berusia 3 tahun pernah dicilikan kemaluan dan duburnya.

“Hak seorang isteri salah satunya adalah hormat padanya. Bukannya dimaki, dimalukan depan orang, cuma hormat pada isteri”

Ziana Dedah Armin Ambil Dadah

Gambar : NSTP/ROSLIN MAT TAHIR

Tambah penyanyi Madah Berhelah itu, suaminya juga pernah mengambil dadah dan dia sebagai isteri yang duduk bersama selama 20 tahun begitu mengenali siapakah Armin yang sebenarnya.

“Saya pernah tanya pada anak-anak tak nak makan diluar ke? Pastu dia menjawab, ‘Tak nak mak, nanti ayah maki kita. Malu kita nanti dekat restoran”

Faktor anak-anaknya dicederakan adalah sebab utama mengapa dia ingin memfailkan perceraian kerana sudah tidak tahan dengan sikap Armin yang panas baran.

 

Sumber: Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *