‘Maafkan Abah, Tak Dapat Lindungi Adik’ – Luahan Sayu Bapa Anak Meninggal Didakwa Didera Kekasih Bekas Isteri

Seorang kanak-kanak berusia enam tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya. Mangsa, Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan maut selepas dipukul dengan objek tumpul sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus. Susulan daripada itu, polis telah menahan ibu mangsa dan teman lelakinya untuk membantu siasatan.

Di Facebook, luahan sayu bapa mangsa ini buat kami sebak. Semoga bapa sentiasa tabah dan hukuman setimpal dikenakan kepada pelaku.

 

Usus pecah

Harian Metro melaporkan perbuatan itu terbongkar selepas pakar patologi Hospital Sultanah Bahiyah menjalankan bedah siasat keatas mangsa. Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa maut selepas dipercayai dipukul dengan objek tumpul di bahagian badan.

Mangsa mengalami kecederaan dalaman yang serius, selain ususnya pecah

Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias berkata mangsa telah meninggal dunia pada hari Rabu jam 4 pagi di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, selepas tidak sedarkan diri dan muntah beberapa jam sebelum itu.

Suspek serta ibu mangsa ditahan petang semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar

Berdasarkan siasatan awal, suspek mempunyai 12 rekod lampau atas pelbagai kesalahan dan kebanyakannya membabitkan curi motosikal

Di Facebook, bapa mangsa, Hairil Khan Azali meluahkan rasa sayu dengan pemergian anak tersayang.

Abah sayang anak abah

Hari-hari boleh tengok adik kat kubur

Sungguh sukar aku terima

Anakku ada di syurga sekarang nak

Sumber : Hans Van Djik , Harian Metro

The following two tabs change content below.

Leave a Reply