“Awal Tak Pernah Romantik, Dia Hopeless…”- Komen Scha Alyahya

Romantik tu kan satu perkataan yang subjektif. Romantik boleh jadi melalui percakapan dan boleh jadi melalui perbuatan. Masing-masing ada cara yang tersendiri untuk menginterpretasikan romantik kepada pasangan.

Tapi kalau tak ada perbuatan romantik betul ke cinta tu akan semakin berkurangan dan boleh merengangkan perhubungan?

Pasangan sama cantik sama padan Awal Ashaari dan Scha Alyahya timbul isu yang mengatakan mereka sudah tidak bahagia. Haa kenapa tak bahagia, kan hari tu baru pergi bercuti sama-sama.

Menurut sumber, Scha mengakui bahawa suaminya itu tak pernah romantik dan sedikit hopeless. Namun Awal ada cara tersendiri untuk cuba jadi romantik.

Awal berkata apa yang perlu sekarang adalah komunikasi yang baik dalam hubungannya. Yelah, mereka kan dah 6 tahun kahwin.

Sempat juga mereka memberikan komen tentang perancangan untuk menambah cahaya mata.

Menurut sumber lagi, Scha dan suami sudah bersedia untuk tambah lagi anak dan hari-hari mereka dah cuba.

Namun bak kata Scha, belum ada rezeki lagi. Lara juga sudah bersedia untuk jadi kakak.

Diharapkan hubungan pasangan sejoli ini sentiasa diselami dengan cinta dan diharapkan juga mereka sentiasa sabar menunggu rezeki cahaya mata yang akan datang.

KisahDunia.COM

Leave a Reply