Biar Betul! Kerana Sikap Zaihani, Netizen Ini Dibuang Kerja?

Masih lagi panas mengenai pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain yang tular gara-gara kenyataanya yang merendah-rendahkan mereka yang berbadan besar. Terdahulu Zaihani telah mengeluarkan kenyataannya di Facebook miliknya yang merasakan mereka yang mempunyai berat badan melebihi 60kilogram tidak seharusnya datang ke acara fesyen.

Hangat.com percaya ianya ditujukan pada seseorang yang begitu dikenali memandangkan baru-baru ini dia telah hadir ke acara fesyen di ibu negara.

Netizen Dibuang Kerja Kerana Zaihani

Memandangkan isu ini tular, terdapat netizen yang telah mendedahkan ‘sisi sebenar’ pengkritik fesyen ini.

Menurutnya, kerana Zaihani, dia telah dibuang kerja kerana satu isu yang baginya adalah tidak wajar untuk Zaihani melakukan sedemikian rupa. Tambahnya, insiden itu adalah sesuatu yang pasti tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya dan turut trauma untuk bekerja dengan seseorang sepertinya.

BACA  Zaihani Kutuk Orang Gemuk? Netizen Ini Tampil Buat ‘Serang Balas’

Menjerit Dan Campak Fail Ke Atas Lantai

Menurut netizen itu lagi, hanya kerana tidak mendapatkan tanda tangannya untuk memulangkan barangan tajaan, Zaihani telah mengamuk serta menjerit padanya. Lebih memalukan lagi, Zaihani turut mencampak beberapa fail ke atas lantai kerana tidak berpuas hati dengan penjelasannya.

Bagi kami meskipun bergelar pengkritik, tidak bermakna dia boleh mengeluarkan pendapatnya begitu sahaja. Tidak semua orang akan faham dengan apa yang kita cakap bukan?

Tertanya pula kami, bagaimana pula dengan orang sekeliling Zaihani yang kebanyakannya adalah pereka fesyen dan sudah pasti berat mereka melebihi 60kilogram bukan?

 

Sumber: Hangat.com

Leave a Reply