Sindir bibir sumbing anak Lan Solo di Instagram, komen biadap lelaki ini dibidas peminat

Umum mengetahui mengenai bahawa berita kelahiran anak keempat penyanyi, Lan Solo menghadapi masalah bibir sumbing yang selamat dilahirkan pada pertengahan Februari lepas.

Ramai memuji tindakan Lan dan isterinya yang tidak ‘menyorokkan’ kekurangan anak perempuan ketiga mereka yang diberi nama Nur Amna Quxandra sejak dalam kandungan lagi. Mereka juga sering berkongsi gambar dan video anaknya itu di akaun Instagram.

Walau bagaimanapun, terdapat seorang pemilik akaun Instagram yang menggunakan nama @khuazamir_123 telah meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut dengan mengajukan soalan dengan cara memerli mengenai mulut anak Lan.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan cara dia menanyakan soalan tersebut seolah-olah menghina ciptaan Allah.

 

Video yang dimuat naik oleh Lan itu telah mendapat ribuan likes apabila Lan ‘mengusik’ anaknya ketika tidur.

Namun, apa yag tidak sedap dibaca apabila terdapat seorang pengguna Instagram telah bertanyakan soalan dengan cara memerli mulut anak Lan yang berusia dua bulan itu.

Soalan yang diajukan.

Respond netizen.

Menggunakan ‘fake account’.

Sumber : Lan Solo

 

Kredit:Ohmymedia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *