Akhirnya seorang wanita terima habuan ugut Maya Karin, keluarga

PELAKON dan penyanyi Maya Karin pernah menjadi mangsa buli siber salah seorang pengikutnya di laman sosial Facebook dan Instagram sejak Ogos tahun lalu.Maya, 38, berkata, gangguan bersifat mengancam keselamatannya dan menggangu emosi itu berlarutan selama tiga bulan sebelum dia bertindak melaporkan individu itu kepada pihak polis.

“Apa yang lebih membimbangkan individu itu tidak hanya menggangu saya tetapi ahli keluarga saya yang lain malah dia turut menghantar mesej kecaman dan ugutan kepada saudara mara saya yang menetap di Jerman.

“Selama beberapa bulan dia menggangu saya tetapi saya tidak pernah sekali melayannya dan mungkin disebabkan itu dia berani menggangu ahli keluarga saya.

“Selepas berbincang dengan adik saya yang juga seorang peguam kami membuat keputusan untuk membuat laporan polis sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/17/maya-karin/~/media/fa7c8947e3644ddcbfec47e94d5179d9.ashx?la=en

Maya terlibat dalam kempen buli sider dan penyebaran berita palsu.

Maya ditemui pada majlis pelancaran kempen ‘Akhir Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’ atas inisiatif pelakon Neelofa dan Datuk Hans Isaac pada Selasa.

Kempen itu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak. Turut hadir memberi sokongan, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Ekskutif Star Media Group, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Antara artis yang terlibat dalam kempen itu termasuk Nora Danish, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Joe Flizzow, Kavita Sidhu, Caprice, Adibah Nor, Atilia Haron, Afdlin Shauki dan Shahrol Shiro.

Bercakap lanjut mengenai kejadian itu, Maya berkata, sebulan selepas dia membuat laporan polis, dia dimaklumkan pihak berkuasa berjaya memberkas individu tersebut di Melaka.

Lebih mengejutkan kata Maya, individu tersebut adalah seorang wanita yang sudah pun berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/17/maya-karin/~/media/187eaf29aa9f49698378b90b2d9a42fb.ashx?la=en

Antara selebriti yang terlibat dalam kempen tersebut. Foto BERNAMA

“Wanita itu ditahan reman selama tiga hari sebelum didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah atas semua dakwaan terhadapnya.

“Dia dibebaskan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman denda terhadapnya,” kata Maya.

Tambah Maya, dia berharap kejadian itu bukan sahaja menjadi pengajaran kepada wanita tersebut tetapi kepada semua pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab ketika menggunakan laman sosial.

“Ini antara sebab saya berminat menyertai kempen ini kerana selebriti boleh memainkan peranan dalam memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat mengenai isu ini.

“Jika tidak dapat mengubahnya pun sekurang-kurangnya ini adalah permulaan untuk menggerakkan isu ini agar tidak bertambah parah pada masa hadapan,” katanya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/17/maya-karin/#yEfdsi6CIUsTLx44.99

Leave a Reply