Rezeki Selepas Bergelar Ibu Tunggal, Intan Liana Dilamar Lagi!

Itulah orang tua-tua berkata, Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu. Selepas dipilih oleh Datuk Seri Aliff Syukri sebagai model tudung keluarannya, AliffbySha kini Intan Liana dilamar lagi.

Terbaru menerusi Instagram milinya, Intan baru sahaja dipilih oleh pengeluar pakaian jenama tempatan, Ashh & Annas. Dipetik dari Utusan Online, Intan dipilih sebagai wajah baharu untuk memperagakan koleksi terbaharu sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, rezeki ini bukan untuk bonda semata-mata tetapi untuk anak-anak juga. Terima kasih kepada Annas Easkey yang menjelmakan peluang ini. Syukur sangat,” tulis Intan menerusi status yang dimuat naik di media sosialnya itu.

Menurut laporan itu, pihak Ashh & Annas, memberitahu pemilihan Intan disebabkan penampilan wanita itu yang manis dan lemah lembut.

Terdahulu, Intan Liana dan Ude bercerai pada 23 Mac di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan mereka memiliki dua anak, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1. Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013.

Walaupun pahit ditelan kerana baru diceraikan, namun inilah yang dikatakan hikmah di sebalik yang telah membuka peluang pekerjaan kepada wanita itu.

 

Perkembangan aish memang sgt berkembang😂😂

A post shared by doubleA💕 (@__iiiintan.saleh) on

 

Kredit:Hangat.com

Sumber Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *