[GAMBAR] 15 Fakta Menarik Rumah Aliff Syukri Ini Boleh Buat Anda Gugup

Setelah lama menunggu jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya mendiami sebuah rumah mewah seperti istana. Lebih manis, semuanya bermula dengan impiannya sejak usianya 23 tahun ketika dia mengunjungi Istana Pahang semasa menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kira-kira lapan tahun lalu.

15 Fakta Aliff Syukri Palace

Kediaman mewah yang terletak di Kota Damansara ini menurutnya berjaya direalisasikan kerana kerja kerasnya sendiri. Malah terdapat beberapa fakta menarik mengenai Aliff Syukri Palace yang berjaya Hangat.com bongkarkan semasa ‘Media Tour’ di rumahnya itu.

1. Konsep rumah Aliff adalah Royal modern classic

2. Dibeli pada 2015 dan melakukan pengubahsuaian sepenuhnya pada 2016 dan siap pada April 2018

3. Dibeli dari seseorang yang begitu dikenali di Malaysia

4. Mempunyai 12 orang pengawal keselamatan

5. Jarak rumah baru dan rumah lamanya yang didiami sahabat baiknya, Nur Sajat hanyalah selang beberapa buah rumah

6. Aliff Syukri Palace berkeluasan 1 ekar

7. Mempunyai 30 buah bilik termasuk gimnasium, surau, bilik kebal dan rumah untuk kucing kesayangannya, Dodi

8. Pelbagai bilik!

Rumah Aliff dilengkapi bilik ‘luggage’, bilik teater, dining room, ruang pejabat, show kitchen, powder room dan beberapa bilik mandi mewah.

 

9. Bilik Tetamu Yang Mewah

Mempunyai 4 bilik tetamu dimana salah satu daripada bilik tersebut mempunyai 2 king bed dan 1 single bed.

 

10. Hampir disetiap koridor mempunyai gambar Aliff dan keluarga

11. Tingkat bawah tanah juga mempunyai bilik, bilik pinggan mangkuk dan kawasan parkir kereta yang boleh memuatkan 8 buah kereta dalam 1 masa

12. Tandasnya juga serba mewah dan terlihat arca patung yang berasal dari Itali

13. Semua perabot di dalam rumahnya ini diimport dari Itali, Sepanyol, London dan Jakarta hasil pereka hiasan dan jenama terkenal

14. Boleh dikatakan semua perabot dan hiasan rumah adalah bertemakan emas dan edisi terhad

 

15. Bilik teater Aliff direka oleh pereka yang sama membuat TGV cinemas

 

Sumber: Hangat.com

 

 

Leave a Reply