‘Memalukan Negara!’ – Chef Wan Tak Puas Hati Keputusan Kes Amah Didera Datin

Baru-baru ini Malaysia sekali lagi digemparkan dengan isu penderaan pembantu rumah oleh seorang Datin. Majoriti masyarakat Malaysia tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap Datin itu. Ianya juga disifatkan tidak adil dan memberi gambaran salah terhadap perundangan negara.

Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan tampil meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap isu ini. Dia menyifatkan hukuman yang dijatuhkan adalah tidak adil sama sekali.

14 ribu membantah

 

Walaubagaimanapun, lebih 14,000 individu menandatangani petisyen menuntut hukuman tegas dikenakan terhadap Datin berkenaan yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap pembantu rumah, Suyanti Sutrinso.

Datin tersebut didakwa mencederakan tubuh amahnya dengan menggunakan pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing serta penyangkut baju sebagai senjata untuk menyerang mangsa.

Dia hampir membunuh

 

Chef Wan turut membantah hukuman mahkamah yang dijatuhkan terhadap Datin berkenaan. Malah, dia turut menyifatkan hukuman dan undang-undang negara terlalu ringan dan tidak adil. Apa pula kata Kedutaan Indonesia dan rakyatnya? Kes ini telah melibatkan 2 buah negara. Sudah tentu memberi gambaran salah terhadap perundangan negara kita.

Negara akan tanggung malu

 

Dia turut menyifatkan negara akan menanggung malu besar dalam soal sistem perundangan. Selain itu, masyarakat berperanan penting dalam menghindari gejala buli dan penderaan ini. Apatah lagi, golongan amah ini adalah penganut Islam dan tidak salah jika diberi layanan baik terhadap bangsa seagama walaupun lain kerakyatan dan warna kulit.

Credit: Chef Wan

Sumber: OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *